Friday, February 25, 2011

syukur alhamdulillah :)

assalamualaikum~

tiga tahun. rasa macam baru je masuk JAD. masa sangat cemburu dengan saya, sehingga membiarkan dan meninggalkan saya tanpa disedari. sekali sebut, tak rasa tiga tahun lamanya saya menghabiskan masa belajar di JAD ni, tapi bila berfikir sejenak lamanya,

Ya Allah, macam ni rupanya perjalanan hidupku yang telah kau susunkan untukku. Betapa Allah itu Maha Berkuasa, menentukan yang terbaik untuk hamba-hambaNya, cuma, terserah bagaimana seseorang itu menerima ujian dari Allah s.w.t.

Allah tidak akan menguji seseorang itu dengan ujian yang mereka tidak mampu hadapi. Alhamdulillah, bukannya tak pernah merasai ujian yang berat, masing-masing comfirm ada masalah tersendiri. berat atau ringan. semuanya ujian. kadang-kadang yang ringan itu pun boleh jadi berat jikalau tersilap langkah. dan yang berat itu pun boleh jadi ringan kalau pandai settle kan masalah dengan bijaksana. TAPI, tapi tapi, jangan ingat kalau takde masalah tu, Allah tak uji dia. kesenangan pun adalah suatu bentuk ujian dari Allah s.w.t.
INGAT LAH ALLAH KETIKA SUSAH ATAU PUN SENANG.

alhamdulillah, semua kawan-kawan, rakan-rakan, dan sahabat-sahabat di JAD lulus dengan jayanya. walaupun result saya tak seberapa, alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.
bukan nak kata yang saya dah biasa dengan result yang ala2 kadar macam ni, saya tetap berusaha, walaupun, terasa yang memang dah genkai. sampai sini je aku boleh faham. cannot sumbat anymore. huhu. yang penting, jangan ada rasa putus asa langsung. never!

tak percaya. 3 tahun buat diploma dah. hehe. inilah takdir hidup. lihat bagaimana Allah susunkan perjalanan hidup kita. masa dinner baru2 ni, ex-president mpp batch saya, memberi ucapan. dalam ucapannya, dia sendiri tak terfikir nak masuk JAD dan sambung belajar ke negara matahari terbit. sebaliknya, semasa di sekolah dulu pun, dia memilih bahasa perancis untuk dipelajari, bukannya bahasa jepun. kekkyoku?? kat sini jugak Allah tentukan nasib kami. same goes with others. ada cerita dan kisah masing-masing kan.
**hee. nice speech reefqi! =P

kenangan terindah. ingat nak upload semua. ceh. ;P

kawan2 yang best!


sahabat-sahabat bola! =)


pergi program! ;'(


sahabat-sahabat yang comel! =)


rakan-rakan 3bulan~3tahun.=)


kawan2, rakan2, sahabat2 JAD! ;)


percutian bersama mereka! :D *langkawi saikou!*


rakan yang sudi meluangkan masa berhari raya bersama saya! ;')


rakan yang dah terasa macam adik beradik! =))
*kakak chinta!*



Jadilah insan yang banyak memberi, kerana Allah terlalu banyak 'memberi' kepada kita sehingga kita terlupa yang kita jarang bahkan tak pernah mengucapkan syukur atas pemberian Nya.

Didiklah hati untuk memberi supaya Allah memberi keberkatan kepada kehidupan kita, pemberian Allah (keberkatan hidup) adalah jauh lebih bermakna buat seorang hamba yang tahu nilai "keberkatan hidup" agar perjalanan singkat di dunia ini tidak menjadi penyesalan di kembara akhirat kelak.

waallahu'alam.

p/s: pesanan untuk diri sendiri juga :)

stand.up.with.faith

8 comments:

lutfi said...

alhamdulillah...kekkyoku, kokomade tsuichatta..klau nk citer psl 3 thn, 3 blog pon lom tentu dpt citer sume kan..
slamat cuti2 mlaysia~~~
tabidachi no hi made, genkide~

Unknown said...

tq ceca! haha~
watashi tachi no tabi wa mada owatte inai..
korekara wa hajimaru no da..
ganbarou~
p/s:cuba cari lg kt youtube, tajuk dia "ii nichi tabidachi" :)

lyiana said...

tahniah kak ceca..^^
ble kak ceca fly jepun??
i will be miss u sooo mucchhh...

norulqalbi said...

lutfighazali> yup3. sebulan 1 blog, 3 tahun? hee :D
doumo~
happy holidays! :)

abdulrifqi> dah carik! yeah! like! sorry xdpt jumpa kat kuantan this weekend! kekeke XD

lyiana> arigatou yana! i'll be missing you all dearrsss~ <3

fadhilah said...

ceca~~~
3 nen kang iro2 arigatou~

norulqalbi said...

iie2!~~~
kocchikoso~~~
doumo arigatou! :D

haku said...

erm, awak g kejatuhan melaka gak? wah~ saya pun, tapi duduk kat atas.. sebb dtg lambat.
pepon baca blog awak macm da kenal awak lama, walopon tak tau pon awak ni sape.. haha..
ok.. itu je nak bebel n nyibuk

Anonymous said...

checha,thanks<3 adikku..touching sungguh caption tu..i like!!!