Wednesday, January 19, 2011

TIME IS gold!

salam 'alaik....

alhamdulillah. hidup lagi. today, jom kita cakap tentang 'masa'. ahha! sejak sekolah rendah, kita diajar dengan kata-kata hikmat( ye ke...tak ingat dah ape nama mende ni, adik beradik pepatah melayu kot. LOL) iaitu; MASA ITU EMAS.
kalau tak pernah dengar ni, tak tau lah. punya lah berharganya "masa" itu sehingga dikatakan bahawa masa itu emas. Zaman dulu2, kalau tak silap, emas memang mahal. tapi sekarang, emas pun, tak ada lah mahal sangat. emas celup pun banyak. hmmmm~~~~~macam mana boleh kata "masa" itu emas eh? emas boleh dibeli, tapi "masa" boleh dibeli juga ke? let say saya kata, saya nak beli lima saat yang lalu dengan harga 1 billion ringgit. agak2 boleh dapat tak?

Space we can recover, but time never - Napoleon Bonaparte

then, bila masuk sekolah menengah, kita belajar pula peribahasa bahasa arab, iaitu; MASA ITU IBARAT PEDANG, KALAU KITA TIDAK MEMOTONGNYA, IA AKAN MEMOTONG KITA. memang benar. kalau tengok sekarang pun, masa dah jauh sangat meninggalkan kita. contohnya, kita boleh tengok dari segi kemajuan sesebuah negara itu. contoh paling senang, antara negara Malaysia dan negara Jepun. cuti yang lepas, salah seorang TA(pembantu pengajar = P.P) berjalan-jalan ke kuantan. katanya,(telah ditranslatekan) "bandar ni ibarat jepun yang 10 tahun lebih yang lalu...".

haha. jauh tak kita ketinggalan?
next, perkongsian yang hanya sekadar ingin dikongsikan. diambil dari fb.

Tunggu masa:
Jika kita menunggu sesuatu, kita akan terasa masa yang diambil untuk menunggu terlalu lama. Contohnya menunggu bas...walaupun cuma 5 minit, kita terasa cukup lama. Kejap kejap kita akan tengok jam.
Begitu juga andainya kita menunggu untuk bertemu dengan orang yang betul betul sesuai untuk dijadikan pasangan...kita akan mengambil masa yang lama. Sebab tu kita tengok ramai manusia masih single dan masih tertunggu tunggu.

Kejar masa:
Secaranya umum, kita mengejar masa apabila kita mempunyai banyak program yang harus dilaksanakan dalam sesuatu tempoh.
Begitu jugak dalam proses mencari pasangan. Kita akan mengejar atau mencari seseorang untuk dijadikan teman kerana untuk memenuhi komitmen serta perancangan hidup kita.Lagi cepat kita mengejar atau mencari, lagi cepat perancangan kita akan tercapai dalam tempoh yang kita sasarkan.

Tak cukup masa:
Kita akan berada dalam keadaan kelam kabut kiranya kita tak cukup masa. Oleh itu, kita akan sentiasa berusaha keras untuk mencapai sasaran yang kita kehendaki dalam sesuatu tempoh.
Andainya kita sentiasa berasa tak cukup dengan pasangan yang kita ada, kita akan kelam kabut mengorat sana sini.Dan hasilnya amat memuaskan. Dalam masa yang singkat, kita akan dapat banyak pasangan.

Takde masa:
Kita akan berasa tadak masa jika kita masih belum bersedia atau malas melakukan sesuatu aktiviti. Kita berasa selesa dengan keadaan yang sedia ada. Begitu juga andainya kita tak der pasangan, bukan bermakna kita tak pandai mencari. Cuma kita belum bersedia.

pandai2 lah yang mana sesuai untuk dijadikan sebagai pengajaran dan pedoman hidup. last but not least. dalam Al-Quran juga, Allah berfirman tentang masa. so, memang penting lah masa ni sebenarnya. huhuhu T_T peringatan untuk diri sendiri jugak sebenarnya.


وَالْعَصْرِإِن
الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍإِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا
الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali
...mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran
serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3)


stand.up.with.faith

6 comments:

lupiey said...

stadi3~

Anonymous said...

jum main lumba2 dgn masa...ganbarimashou ceca ^^

norulqalbi said...

baik lupiey~ ;)

ganbarimasu lia~

tq minna~

budopbaek said...

pasal pasangan jer memanjang.x sabar nk kahwin ker

norulqalbi said...

lol yo~
dop napok aku kabo amek dari fb tuh...adoii =.="

Unknown said...

jangan kejar masa..
tp biar masa kejar kita..;)

p/s:knal x ayat spe ni?? haha~