Friday, December 17, 2010

my name is ....

ASSALAMUALAIKUM

Lama menyepi. Bukan apa, tak ada masa kot. plus, saikin memang dah takde idea nak share pengetahuan apa kat sini. ilmu masih cetek, takut jugak kalau2 salah cara penyampaian atau isi yang disampaikan. Semakin hari semakin mencabar hidup ni sebenarnya. haha. tiba-tiba je.


Gambar ni pun, tiba-tiba je! =D. A lot of things happened during this 3 weeks of silence. Good news pun ada, bad news pun ada. rasa macam tak perlu cerita banyak sebab berita baik dan buruk ni memang tak ada kaitan dengan anda. yang baik, ALHAMDULILLAH...yang kurang baik, doakan saya dapat memperbaikinya sebaik mungkin,INSYAALLAH.

Orait2, next, sebenarnya, memang ada something yang nak share dengan anda. hihi. Pernah dengar tak ni:

Ada 7 Golongan yang akan dilindungi oleh Allah S.W.T. pada Hari Kiamat kelak.. dan golongan yang kelima ialah

Kemudian yang kelima, orang yang saling mencintai karena Allah, bertemu karena Allah, berpisah karena Allah.

i'm sure ada yang pernah dengar or terbaca kat mana kan?
>>Bila ada kasih sayang kerana Allah S.W.T.,Allah akan memupuk ukhuwah di dalam hati.
>>Berkasih sayang kerana Allah S.W.T is dia lebih pentingkan sahabat daripada diri kita sendiri...not selfish...

Bila kita berkawan dengan seseorang mestilah Niat Kerana Allah S.W.T.

Cuba renungkan semula, kawan-kawan kita di dalam kelas, di dalam kampung itu semua sebenarnya kita hanya berkawan atas dasar kita hanya mengenali mereka dan mereka classmate kita?? Atau pernah tak terdetik di dalam hati kita bahawa kita menjalinkan ukhuwwah kerana Allah S.W.T…[terdetik jugak kat hati ni T_T]

Rasullullah S.A.W. pernah bersabda:
"Sesungguhnya dalam kalangan hamba Allah,ada manusia yg bukan para nabi dan bukan pula para syuhada,tetapi para nabi dan syuhada cemburu kpd mereka di Hari Kiamat kerana kedudukan mereka di sisi Allah.

Para sahabat bertanya,
“Wahai Rasulallah,beritahulah kpd kami siapakah mereka itu?”

Rasulallah pun menjawab,
“Merekalah kumpulan manusia yg saling berkasih sayang kerana Allah bukan kerana hubungan keluarga dan bukan pula kerana harta yg saling mereka berikan.Demi Allah,sesungguhnya muka mereka bercahaya dan mereka berada di atas cahaya.Mereka tidak takut apabila manusia berasa takut dan mereka tidak berdukacita apabila manusia lain berdukacita.”
Mengapa Saidina Ali, Saidina Abu Bakar dan yg lain dipanggil sahabat nabi… Kenapa tidak teman nabi??? Ataupun Rakan nabi???

okey. ini shukudai untuk saya, dan anda juga(kalau ada yang berminat bagi menambah ilmu).
Ada beza ke sahabat, teman, rakan, kawan dan kenalan??

p/s: sorry, tajuk takde kaitan =P

stand.up.with.faith

No comments: