Sunday, September 26, 2010

kompas cinta

salam 'alaik...
huhu.terpaksa delete post semalam. ada masalah teknikal sikit. tinggal seminggu lagi untuk short sem. lepas tu cuti! banyak la cutinya! huhu.tak ada cuti pun.
raya tak habis lagi kan? raya kan sebulan. seronok je tengok kawan-kawan pergi beraya rumah sensei tachi. termasuklah rumah dean sekali. wah2. seronok tu memang, tapi sy ni tak reti nak pergi beraya rumah orang ni.ceh~ tipu je. bukan apa, mood dah tak ada. taktau kenapa. (v_v)


this time, sy nak kongsi satu buku yang baru habis dibaca. mungkin tak semua akan berminat, in case, kalau ada yang berminat. tajuk buku tersebut ialah "Kompas Cinta". bukan novel, tapi hanya bahan bacaan sebagai motivasi untuk mengisi keperluan rohaniah. buku ini mungkin sesuai "untuk nakhoda yang baru memasang layar cinta", "untuk pengembara yang tersesat di belantara", dan "untuk pencinta yang mahu pulang ke titik mula". hehehe. ni semua ayat penulis. (^^,)

buku ini banyak menerangkan tentang kompas. kompas adalah penunjuk arah kalau kita nak masuk hutan, berjalan jauh, dan mencari arah lah kan. bercinta pun memerlukan kompas agar pengembara cinta tu tidak tersesat dalam perjalanannya. sekejap je nak habiskan membaca buku ni. tak tebal, harga pun berpatutan. :)

footnote: jangan berlengah untuk merebut cinta yang sejati.....cinta Rabbul 'Izzati...cinta hakiki selagi nafas terhembus dari jasad....

baca, jangan tak baca...

p/s: sesiapa yang dah baca, no offense ye :)
selagi mana isinya boleh jadi pegangan dan pedoman, kita cuba amalkan. kadang2 ilmu dari bahan2 bacaan tidak sempurna sepenuhnya. any question, tanyakan kepada yang lebih mengetahui. :)

stand.up.with.faith

7 comments:

fadhilah said...

agak2 ceca bagi brapa bintang buku ni?

norulqalbi said...

ohh.hehe.8/10!!
kurang 2 sebab, ada part yang ceca tak berminat@belum bersedia nak ambil tahu.
hehe :D

nak pinjam? :P

fadhilah said...

nak~~! :)

norulqalbi said...

okey beefa! :)

ムハマド アイザト ビン ムハマド イサ said...

nak pnjammmmm~!! take turn. hehe~

lupiey said...

ape genre sbeno buku nie?
(terase maw taw... huhuh)

norulqalbi said...

okeh, after tapau, hanim nak pinjam :)

lupiey> motivation rasanye. hmm. kalau dengar tajuk, macam menarik kan, bila dah baca baru terasa kot. hehe :D