“チェチャ、いらないことは話さないように…どんな条件でも…”
だから~、黙っているんです!
assalamualaikum...alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
peluang bernafas, peluang meneruskan kehidupan, peluang memohon keampunan, peluang keemasan dan maca
m2 lagi peluang yang kita ada, cuma antara kita sedar atau tak je. huhu~
hari dah 28 Ramadhan. Apa perasaan??
"syokknyee! dah nak habis puasa laaa...boleh makan tengah hari lepas ni.."
"yeaah!~ lepas ni, siang2 dah tak penat la...comfirm tak ngantuk dalam kelas..."
"fuhh...tak ada lagi masalah gastrik after this..."
"yess! raya3! duit raya menanti...hehehe ;)..."
dan banyak lagi perasaan2 gembira yang tak terkata kan. huu. Tapi siapa yang rasa sedih dengan pemergian Ramadhan kali ini? angkat tangan!! haaa..alhamdulillah...ada pun. Never give up and jangan rasa tak sempat dah nak berubah@beribadah. Dengan izin Allah, dalam masa yang singkat ni, macam2 boleh terjadi. Wallahu'alam.
Ramadhan, aku tidak sanggup lagi berpisah denganmu. Rasanya ingin bersama selamanya. Terlalu banyak kenangan Bersamamu. Tidak sanggup berhadapan dengan perpisahan ini. Apakah kita akan berjumpa lagi? Ramadhannnnnnnnnn ;'(
okeyyy. Cuti kali ni, 2 minggu sahaja. huhu. bagiku, tak seronok sangat. sebab dapat beraya seminggu je. hehe. Ya Allah, layak ke diri ni nak sambut aidilfitri?? betul lah cakap Hilal Asyraf,
"hadiah Ramadhan yang Allah bagi tak gunakan elok2, tak hargai, tak bersyukur, ada hati nak sambut raya..." (ayat olahan sendiri..)
Na'uzubillah min zalik...
Raya kali ni, ada tetamu istimewa yang diimport khas dari Labuan, Sabah. hehe. yang tinggal, menetap, belajar di Sabah pun ada jugak ni. hehe. tahniah Amelya Azreena. gaya bahasa hang pun dah bunyi Sabah naa..~ :D
ooohh2..tetamu istimewa kita, Cik Sharon Lynn. yeyey. tahun ni, kali kedua beliau sambut aidilfitri bersama kami sekeluarga. before this, masa matriks dulu. huu~ seronok. sebab dapat buli sharon! muahaha~ especially untuk kerja2 membuat kuih raya.hihi~
btw, nasib baik ada sharon, dia ni kan best student, so faham2 la kan. huhu. ><"
nak dekat raya ni, siapa yang tak main bunga api and *racun*?? saya, comfirm2 la main..hehe. kawan di luar sana, jangan excited sangat main bunga api and *racun* ye. alamatnya, beraya kat hospital la jawabnya.
cakap pasal beraya kat hospital, 27 april 1990 = 1 syawal 1410H~ ^__^
dapat sambut birthday lagi. huu. namun, diri rasa makin dekat dengan ketetapan itu..;'(
adakah Ramadhan kali dapat menjadikan kita seperti dalam firman Allah,
"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa." (Surah Al-Baqarah, ayat 183)
semoga saki baki ramadhan kali ni, dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin...
*racun*=mercun(sebutan mercun yang pelat) :P
stand.up.with.faith
7 comments:
bukan racun....lacun la
rasulullah bersabda yang bermaksud seandainya umatku tahu akan kelebihan dan keistimewaan Ramadhan,, pastu umatku ingin kan nya selama setahun...
dlu k ceca lahir tym 1 syawal ke>>
uwaaaa... ii ne :)
slmt hari raye!
anonymous>>
heh~! awk, ni versi pelat adik sy, aleya, dia sebut mercun jadi racun. huhu ;)
imran>>
thanks =)
syana>>
yup2, dilahirkan pada hari raya! ;)
salam aidilfitri ceca~ sharon kat situ?? huuhuu..kem salam dye=)
nanti raye aa johor jgak...hihhi
Hulamak, skali guna bahasa jepang daa. Bagus lah, makin ramai yang sedar sepatutnya kita mementingkan Ramadhan, bukannya perayaan semata-mata..hehe
Anyway, salam akhir ramadhan! :D
Jom singgah blog saya pulak :D
Pemerhatian Seorang Insan Menjelang Akhir Ramadhan
Selamat Hari Raya juge untuk Ayesha chan. Mohon maaf juge banyak2 :) Ye, saya di Pahang..Akiko sensei pun ikut dtg rumah..hari raya pertama sahaja..kalau free ajak sharon dtg rumah saya ye di Pekan!:)
Post a Comment