Monday, August 16, 2010

madrasah



salam 'alaik...

alhamdulillah. Esok genap seminggu kita menunaikan ibadah puasa. Syukur kerana Allah masih memberi peluang kepada kita untuk menghadapi Ramadhan kali ini. Siapa sangka, mungkin Ramadhan kali ini adalah yang terakhir untuk kita.T_T Wallahu'alam.

RAMADHAN bulan KEKUATAN
Kenapa? Kalau kita selak semula lembaran sirah para sahabat dan tabi'in pasti kita teringat kembali kisah-kisah hebat perjuangan mereka. Mereka mencipta kemenangan demi kemenangan, berperang walaupun di bulan Ramadhan. Ibarat kuda yang tangkas di siang hari dan pendeta di malam hari.

Korang masih ingat lagi peperangan dan peristiwa yang pernah berlaku di dalam sejarah Islam? Mari, sy kongsikan:
  • Peperangan Badar : 17 Ramadan 2H
  • Pembukaan Kota Mekah: 8H
  • Pembukaan Andalus: 92H
  • Pembinaan Masjid Al-Azhar: 361H
  • Peperangan Ain Jalut: 658H
Puasa adalah amalan yang menakjubkan. Setuju? hehe. Bukan kekuatan jasad semata-mata, tapi rohani yang kuat dan mantap itu adalah erti sebenar yang akan melonjakkan kekuatan fizikal. Rasanya, semua pernah dengar kan...Jadikan Ramadhan sebagai "Madrasah". Tapi kenapa madrasah?

Okey. Kita ambil contoh Akademi Tentera ye. (akademi lain pun sama juga) Apa yang mereka-mereka di akademi tentera lakukan setiap hari kat dalam akademi tersebut? Mestilah banyak aktiviti-aktiviti ketahanan diri dan fizikal contohnya, kawad kaki, belajar menembak, belajar strategi(strategi apa2 jela), masuk hutan, keluar hutan, larian, tegangkan katil...(eh, ada ke?? haha), dan sebagainya.

Kalau ikutkan fahaman yang kita ada sekarang ni, sekolah, madrasah, akademi, institusi dll adalah tempat atau titik permulaan untuk melahirkan insan yang cemerlang, gemilang, dan TERbilang kan? So, kalau di akademi tentera, sudah tentu lah untuk melahirkan tentera yang berWIBAWA dan berani lagi berdisiplin.

Sama lah juga dengan baai(situasi) di bulan puasa ini. Jadikan bulan yang penuh barakah ini sebagai tempat dan masa untuk kita mencari diri kita yang sebenarnya. Kita nak jadi FULLTIME muslim. Bukan PartTime muslim, yang hanya mengambil ringan dengan ganjaran Allah yang berganda-ganda di bulan mulia ini.

"Alaa, tak yah lah nak hipokrit. bulan puasa je nak banyak2 kan ibadah. dah habis puasa. aku masih seperti dulu jgk..."

TIDAK! hehe, Jangan sesekali berfikiran macam ni. Masa ni lah kita rebut peluang untuk mendapat ganjaran pahala. Dalam pada masa yang sama, carilah identiti diri kita yang sebenar, latih diri untuk meningkatkan kualiti ibadah. InsyaAllah. Setiap amalan kita di bulan Ramadhan ni, kita masih boleh teruskan hingga ke bulan-bulan yang seterusnya.
Contohnya, kalau dah habis Ramadhan:
  • TERAWIKH: kita pasti akan merasa ringan dan mudah untuk menunaikan solat2 sunat yang lain( Rawatib dan sebagainya)
  • TILAWAH: kita masih boleh meneruskan bacaan Al-Quran secara konsisten, walaupun tak dapat lakukan yang sama seperti di bulan Ramadhan, asalkan kita istiqamah bertilawah walaupun sedikit.
  • QIAM: kalau di bulan Ramadhan mungkin ada di antara kita yang mampu lakukan setiap hari, mungkin selepas itu, berselang hari, tak pun 3 kali seminggu, atau paling kurang pun, seminggu sekali. janji istiqamah!
  • dan banyak lagi amalan lain yang boleh kita ambil sebagai amalan ibadah sampai bila.

Pernah Rasulullah SAW, manusia yang agung bersabda: “Ada orang yang berpuasa tapi tiada baginya pahala, yang dapat hanyalah lapar dan dahaga”.

sekadar berkongsi. Juga peringatan kepada diri sendiri. =)

stand.up.with.faith

5 comments:

fadhilah said...

thanx ceca..
byk mengingatkan..
byknye bfa da lupa.. -_-"
usaha insyaAllah =)

lutfi said...

alhamdulillah..nice sharing

kita semua po bperang juga kn??
tp x mcm Rasulullah dan para sahabat..
sbb kita bperang dgn nafsu diri sndiri..sm0ga dberikan kekuatan insyaAllah

norulqalbi said...

beefa>
mari kita usaha lebih! ceca pun byk lupe...hehe

lutfi>
sou2. kita berperang juga. hehe.thanks mengingatkan...
kita kuat!

Imran Azman said...

semoga diriku bukan yang hanya mendapat dahaga dan lapar sahaja~...

norulqalbi said...

=)