salam 'alaik...
alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...kupanjatkan kesyukuran yang tak terhingga pada Ilahi...akhirnya, sampai juga kami dalam bulan ramadhan al-mubarak ini...dah lama tak bukak blog. penat dan malas. time esok nak shiken(exam)lah, baru nak buka lah...nak update lah...nak macam2 lah..huhu. esok shiken denryoku, taktau kenapa, tapi still tak faham apa yang dipelajari. atau mungkin ada something yang sy buat tapi sy takterperasan salah sy? Na'uzubillah min zalik...kena check semula ni...
masuk hari ni, dah dua hari umat Islam menunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah! Bagi sy, ibadah yang sy kira paling best ialah solat sunat terawikh. hehe. kenapa ye? tak ada sebab pun sebenarnya. tapi best. haha. terasa waktu2 malam kita terisi dengan ibadah yang kita tak buat pun dalam bulan lain selain daripada bulan ramadhan.
Selain itu, bila masuk bulan ramadhan ni juga lah kita dapat mengawal perasaan dan sebagainya. huhu. paling obvious sekali, menahan diri daripada MAKAN. haaa. dah lah kuat makan. kadang2 tu, kalau dah lapar, bantai je apa2 pun asalkan nama nya makanan. hehe.
Dalam bulan yang mulia ini juga, merapatkan lagi hubungan kita, bukan sahaja dengan Pencipta kita, dengan keluarga, sahabat2, dan orang2 sekeliling. Dengan membaca Al-Quran, seolah-olah kita bercakap dengan Allah s.w.t. Kadang2 tu, sejuk je mata memandang kalau dalam bulan barakah ni, sebab dapat tengok kawan2 lain bawa Al-Quran/tafsir kemana-mana saja. huhu.alhamdulillah.kalau bukan bulan puasa, memang susah sangat nak cari.kot. huhu.
Plus, ibadah2 sunat pun semakin bertambah. kan?? alhamdulillah. Kalau boleh, selepas setiap kali solat, tak kira solat fardhu atau solat sunat, pohonlah syurga Allah. ambil peluang sementara pintu syurga masih terbuka sepanjang bulan mulia ini. InsyaAllah, dalam banyak2 doa kita, pasti Allah akan makbulkan, kalau tak cepat, mungkin lambat sedikit. Wallahu'alam. Allah sahaja yang Mengetahui....
so, jom kita buat visi untuk bulan ramadhan tahun ini.
Visi sy di bulan Ramadhan pada tahun ini;
"Masuk Jannatul Firdaus Al-A'la dan dapat melihat wajah Allah s.w.t di akhirat kelak"
haa. itu visi sy.korang2 pun mesti ada visi masing2 kan. mungkin ada yang nak menghafal Al-Quran, habiskan 30juzuk dalam masa satu bulan, ada yang berharap untuk berubah menjadi insan baik, berharap untuk bertemu dengan malam lailatul Qadar dan sebagainya. apa jua pun visi korang, usahakan dengan penuh keimanan dan seikhlas mungkin. huhu. mungkin ada yang fikir, "eleh..cam baik sangat je dye ni. nak masuk syurga konon.".....err..ada ke? Na'uzubillah min zalik. tak patut kita salah sangka macam tu. huhu. tak semestinya orang yang baik itu akan kekal baik sampai mati, dan tak semestinya orang yang kurang baik/jahat itu akan kekal kurang baik/jahat buat selamanya.
Akhir sekali, selamat menyambut ramadhan Al-mubarak kepada semua umat Islam tak kira di mana jua anda berada, mahupun mereka di bumi Palestin sana. Semoga segala amal ibadah kita diterima Allah 'azza wa jalla.
"Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan dosanya yang lalu." HR Bukhori & Muslim
ohh. aktiviti bersama Arini Nuran sebelum masuk Ramadhan.hehe. satu hari keluar untuk MAKAN sahaja.nando's,subway,jCo,starbucks. haha. tapi esoknya kami bersukan tau.main badminton. pertandingan lagi tu. haa. asalkan aktiviti yang mengeluarkan peluh. hehh.
yeaay.esok balik kuantan! \^_^/
stand.up.with.faith

3 comments:
alhamdulillah.masih ada rezeki kita sume jumpa dengan ramadhan kali ni..
bulan ramadhan ni trase tenang n sronok..wlupon x de pape...semoga sumenye diberkati..insyaAllah =)
aminnn...insyaAllah...=D
selamat berpuasa ramadhan terakhir sblm fly cecha :)
ramadhan kareem ^_^
Post a Comment