Tuesday, July 27, 2010

sebulan untuk bertakwa?

salam'alaik...
today baru nak balik rumah.
hee.saja balik lambat coz ingat last week nak pergi kem, tapi ada halangan pula. huhu. tak kisahlah. alhamdulillah, banyak perkara juga yang dapat dibuat tinggal kat sini. haha.

lebih kurang 14 hari lagi....
ramadhan menghampiri kita. Jangan kita biarkan ianya terlepas. moga2 kita semua dipanjangkan umur untuk sampai ke bulan rahmat itu.
InsyaAllah.


sumber: LANGIT ILAHI

Mengapa sebulan suntuk hanya untuk taqwa?

Fikir-fikir semula, Ramadhan ini tujuannya apa? Allah telah jelas menyatakan di dalam firmanNya:

“Telah dituliskan(diwajibkan) ke atas kamu puasa sebagaimana yang telah dituliskan ke aras orang-orang dari sebelum kamu, moga-moga kamu bertaqwa” Surah Al-Baqarah ayat 183.

Taqwa. Itu tujuan utamanya.

Tetapi satu lagi persoalan timbul. Mengapa sebulan suntuk, tujuannya adalah taqwa? Kenapa bukan perkara lain?

Apakah besarnya taqwa ini di dalam kehidupan insan? Mengapa ia diangkat sedemikian penting?

Kepentingan taqwa yang tidak terlihat manusia

Jika kita memerhatikan secara teliti, taqwa itu diangkat sedemikian penting adalah kerana taqwalah yang menjamin kelansungan seseorang hamba dalam ketaatannya kepada Allah SWT.

Sebab itu, Ka’ab bin Malik RA apabila ditanya oleh Umar Al-Khattab RA berkenaan taqwa, beliau menyoal Umar kembali:

“Wahai Umar, apakah kau pernah melalui jalan yang penuh dengan duri?”

Umar menjawab: “Pernah”

“Apa yang kau lakukan?”

“Aku sinsing kainku agar tidak tercarik dengan duri, dan aku jaga langkahanku agar tidak terpijak duri”

“Itulah dia taqwa”

Dari situ, kita dapat analogikan duri sebagai larangan-larangan Allah dalam kehidupan insan. Maka rasa berhati-hati dari ‘tercarik’ dan ‘terpijak’ itu adalah analogi kepada taqwa. Ia seakan satu defensive system yang mengajak diri bukan sekadar menjauhi, bahkan berhati-hati dengan apa yang dilarang oleh Allah SWT. Bukan sekadar tidak melakukan, bahkan tidak mendekati. Bukan hanya takut ‘terpijak’, bahkan takut juga ‘tercarik’.

Maka jika inilah dapat dicapai oleh manusia, pastinya setahunnya mampu dilalui dengan baik. Benarlah firman Allah SWT apabila menyatakan perihal bekalan.

“Dan berbekal lah kamu. Sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa” Surah Al-Baqarah ayat 197.

Maka sebulan untuk itu

Maka sebulan yang dihadiahkan oleh Allah SWT, hakikatnya adalah untuk membina taqwa yang kita nyatakan. Memang benar di dalam Ramadhan wujud pelbagai ganjaran. Pahala dilipat kali ganda dan sebagainya.

Tetapi kalau kita ini sekadar melihat Ramadhan sahajalah bulan beramal kita, dan bulan-bulan lain adalah bulan melakukan dosa, maka kita telah tersilap sebenarnya.

Ramadhan hakikatnya hanyalah kem. Hadiah Allah agar kita punya suasana yang cantik untuk membina taqwa tadi. Bukan hanya berseronok beramal, kumpul pahala banyak-banyak, buat baik itu ini, kemudian meninggalkan semua itu selepas tamat Ramadhan.

Allah tidak cipta Ramadhan untuk kita menjadi hamba Ramadhani.

Tetapi Allah mencipta Ramadhan, untuk membantu kita menjadi hamba Rabbani sepanjang kehidupan kita.

Kita hamba Allah setiap masa. Bukan semasa Ramadhan sahaja.

Maka tidakkah telah terpapar kepada kita akan hakikat Ramadhan yang sebenarnya?

Penutup: Yang nak lari 20KM, faham-fahamlah

Manusia yang nak memasuki pertandingan maraton 20KM, kalau tak buat latihan, di tengah perlumbaan dia akan semput. Begitulah juga manusia yang berhajat hendak menggapai banyak ‘hadiah dan anugerah’ di dalam Ramadhan. Kalau tak buat persiapan, memang tak akan dapat punya.

Peluang banyak. Jadi kena buat banyak kerja untuk rebut banyak peluang.

Tapi nak buat banyak kerja, stamina untuk buat banyak kerja pula tak ada. Itu masalah kita.

Maka?

Maka kena mula training dari sekarang la.

Kalau benar hendak menggapai ijazah taqwa, sekaligus hidup sepanjang tahun dalam ketaatan kepada Allah SWT.

stand.up.with.faith

p/s: puasa tak lagi tapi baju raya dah siap. itu trend orang2 kita sekarang. kalau perasan la. apa2 pun, saya masih belum ada baju raya lagi. hehhh~~~ ><"

1 comment:

lyiana said...

tq kak ceca 4 d info....
smg kite dpt bertemu dgn bulan yg penuh keberkatan....
Xsbr asenyew.....wee~~