ye. saya tak lemah lagi. memang pahit, pedih dan sakit untuk menerima musibah atau masalah. hanya perlu kuatkan semangat, hati perlu tegar. orang yang bijak, adalah mereka yang sentiasa bersedia untuk menghadapi kematian. EH? boleh terima tak? Kalau orang yang kurang bijak? Mereka yang suka berangan-angan, mengulangi kesalahan yang sama setiap masa, harinya hari-hari adalah sama seperti hari-hari yang sebelumnya,etc. :P
kembali kepada pegangan zaman-zaman skema dulu, put first thing first. Zaman skema juga, merupakan titik permulaan bersama kafein, sampai sekarang. kadang-kadang, bila kita bagi nasihat pada orang lain, kena cermin diri sendiri dulu. selalu dengar kan?? haha! siapa yang makan cili, dia yang terasa pedasnya. Lain pula dengan, cubit peha kana, peha kiri pun terasa sakit juga. Berbeza bukan?
[Mereka menjawab, "Benar, sungguh, seorang pemberi peringatan telah datang kepada kami, tetapi kami mendustakan(nya) dan kami katakan, "Allah tidak menurunkan sesuatu apa pun, kamu sebenarnyaa di dalam kesesatan yang besar". Dan mereka berkata, "Sekiranya(dahulu) kami mendengarkan atau memikirkan(peringatan itu) tentulah kami tidak termasuk penghuni neraka yang menyala-nyala."] {Al-Mulk:8&9}
Peralatan perang masih dalam proses. actually, baru juga bermula. lambat. kerja-kerja sampingan masih banyak yang perlu diselesaikan. Persediaan untuk peperangan pun, macam nak tak nak je. tapi, kena nak juga! kalau tak, tewas lah di medan pertempuran. T_T
YE. saya tak lemah. insyaAllah. peristiwa sudah jatuh ditimpa tangga, setahun, dua tahun, tiga tahun yang lalu, masih dalam ingatan. plus, mungkin akan ada titah untuk pertemuan syahdu yang menghayat hati tak lama lagi. Uiiisshh. cuaknya. terasa lebih baik mati daripada menghadap.
Ayahanda, bonda & adinda2......rindu mereka...=]
Bila dah masuk musim peperiksaan ni, tergelak sendiri kerana teringat kata-kata seorang guru yang suka melawak kat sekolah dahulu.
"Kau orang ni, bila nak exam je, muka semua bercahaya, bersinar-sinar. habis exam, masing-masing perangai macam setan".
Niat beliau ingin bergurau. huhu. tapi tak salah kalau diambil sebagai pengajaran kan. Amalan-amalan yang Allah suka,(amalan sunat dll) tak semestinya dilaksanakana apabila di saat2 memerlukan pertolongan dari Allah atau semasa bulan puasa. Biarlah berterusan usaha kita untuk mendekatkan diri & menambah rasa cinta pada DIA. boleh? :D
to JAD-ians, selamat berjaya!
p/s: Alamak! baju besi untuk peperangan pun tak ukur lagi....harap-harap peralatan lain di dalam keadaan yang elok dan masih boleh digunakan. =) [offline]
stand.up.with.faith
3 comments:
aaa...slmt berperang r ek.. huhu..
anyway, knape pggl perang ek?? hurm..
hisshh..reef ni..
masing2 adalah istilah tersendiri..
reef boleh la panggil "kacang" or whatsoever panggilan nak dipanggil...kan3? :P
kalo aku panggil palak.
Post a Comment