Awak,
Saya senang kalau awak berahsia
Kerana, saya tahu pasti semua orang juga punya rasa itu
Kita tak mampu lawan fitrah
Tapi saya tak mahu jika ianya menjadi fitnah pada awak yang saya kagumi
Awak,
Saya senang awak berahsia rasa hati awak untuk menjaga hati
Tapi, kenapa awak jaga satu pihak je
Kan lebih molek kalau kedua - dua pihak
Saya yakin, itu lebih memaknakan JAGA hati tu
Awak,
saya tahu, saya tak mampu tegur awak secara hikmah macam kawan - kawan lain
Sebab saya tahu awak sangat dan amat faham
Lagi - lagi, awak pernah lalui pengalaman ni dulu
Tapi, kenapa awak nak ulangi lagi?
Awak,
Iman kita sebagai manusia, hambaNya memang sentiasa naik turun
Tapi, awak kena kuat
Cabaran dan dugaan tu ujian Allah kepada hambaNya
Tanda Dia ambil berat dan amat sayang pada kita
Cuma kita je kadangkala ingat ujian tu tanda kebencianNya
Jangan awak , jangan rosakkan fitrah itu menjadi fitnah
Jiwa "dia" ni memang mudah cair dengan awak
Lagi - lagi awak cantik, ayu, complete lah!
Tapi, awak suka ke kalau "dia" yang awak kata bakal jadi suami awak tu buat benda yang sama kat perempuan lain sebelum kawen?
Mesti tak suka kan?
Tak tahu lah kalau awak dah teramat percaya kat dia.
Awak,
Sungguh, saya sayang awak.
Cuma saya bukanlah jenis yang mampu menunjukkan kasih sayang saya pada tindakan saya
Tapi, percayalah awak.
Saban malam saya mendoakan kita semua tergolong dalam golongan yang solehah
Bukan hanya solehah pada pakaian, tapi dari semua aspek.
Saya tak suka dengar kalau orang mengata tentang awak, saya jadi geram
Tapi, saya cuba untuk meneutralkan keadaan, saya bersangka baik dan terus bersangka baik
Saya harap sangat awak berubah, sebab saya tahu awak mampu sebab awak tahu.
Awak,
Saya minta maaf kalau tulisan ni mengguris hati awak
Saya mohon seribu kemaafan lagi sekali jika saya tak mampu mendidik jiwa awak supaya lebihkan Cinta DIA yang Mencipta kita.
Saya memohon dengan amat sangat, Andai ini peringatan terakhir dari saya, Maafkan segala keterlanjuran kata - kata saya selama ni. Maafkan saya.
Saya SAYANG Awak!!!
stand.up.with.faith
2 comments:
saya doakan ceca dan 'awak' peroleh keberkatan dari-Nya
amiiin..
thanks ye ;')
Post a Comment