huhu. alhamdulillah. tadi baru saja dapat tahu satu berita yang nak kata sedih tu, memang sedih lah. sebab ini mungkin kali pertama mendapat berita yang sebegitu rupa. tapi kalau nak kata berita gembira pun boleh lah juga. sebab memang diri ini tak pernah serik. berkali-kali melakukan kesalahan yang sama namun, masih tak nak berubah. saya tergelakkan diri sendiri. kata mahu berubah tapi, cakap tak serupa bikin. entah bila diri ini akan serik, entah bila nak sedar diri agaknya. haha. buat masa sekarang, tak tahu nak mengekspresikan perasaan yang sepatutnya diekspresikan. haaa.teruknya bahasa melayu sekarang. berbalik kepada pasal berita tadi, alhamdulillah, setelah mendapat tahu tentang berita tadi. semangat semakin membara kot. insyaAllah. ada hikmah disebalik setiap perkara yang berlaku. huhuhu. walaubagaimanapun, saya tetap sedih dengan berita tadi. sedih yang membuatkan saya rasa tak ada guna kalau menangis pun. huhu. memang tak akan menangis! tapi saya tetap sedih.
ekspresi-ekspresi-ekspresi-ekspresi-ekspresi-ekspresi-ekspresi-ekspresi
"kenapa kau nak sedihnya? salah kau!"
kenapa salah aku pulak? bukannya aku tak buat apa yang disuruh.
" tengok tu! nak menafikan lagi. ok lah, kalau kau buat pun, kau ikhlas tak selama ni? dengan niat apa kau buat semua tu?"
er....janji aku berjaya buat sampai melepasi apa yang dia nak sudah lah. asal aku buat dah lah. banyak songeh lak.
"astagfirullah hal'azim...istigfarlah banyak-banyak. cuba lah bersyukur dengan segala nikmat pemberian yang Allah dah bagi. bersungguh-sungguhlah kalau nak melakukan sesuatu kerja tu. cuba jadi seorang yang sentiasa bersyukur dengan apa yang Dia kurniakan pada kita. contoh terdekat yang boleh kita ambil, manusia yang sentiasa bersyukur, kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w. baginda tetap beribadah secara berterusan walaupun Allah telah mengampunkan segala dosa-dosa baginda, termasuklah dosa yang akan datang. Subhanallah. kalau nak difikirkan balik, apa yang kita tak minta pun Allah bagi bukan? terlalu banyak nikmat-Nya. memang tak terbalas kita dibuatnya. apa salahnya kalau kita buat sesuatu tu dengan niat kerana-Nya? insyaAllah akan dapat redha dari-Nya. dan tak mungkin akan jadi macam sekarang ni. lihat lah apa yang sudah terjadi sekarang. sudah jatuh ditimpa tangga. bukan ke selama ni kau ada prinsip hidup sendiri. 'don't make the same mistake twice!' bukankah rugi bagi mereka yang asyik mengulangi kesalahan yang sama sepanjang hidup mereka? bangun lah! BANGUN LAH!! belajar untuk menerima sesuatu yang baik mahupun yang buruk tanpa memberi alasan yang tak munasabah, cuba letakkan kesalahan ke atas diri sendiri dulu, kemudian berfikir sejenak, then kalau rasa diri tu betul, barulah membangkang dan sebagainya. apa gunanya akal yang Allah bagi kalau tak digunakan dengan sebaik-baiknya?? "
ye...memang aku ade prinsip hidup. aku memang bersemangat. bukannya aku ni malas sangat pun. aku dah berusaha. ye. memang kadang-kadang niat aku tu terpesong jugak. kekadang aku sendiri pelik, kenapa aku dah bersemangat. bersemangat bagai nak rak. tapi on the way berusaha tu, ada saja bisikan-bisikan syaitan yang melekakan aku. yang membuatkan aku terlupa niat asal aku. dan akhirnya, after aku terima "berita" tu,memang aku SERIK! kalau masih berlaku lagi perkara yang sama lepas ni, memang benar lah aku dikata sebagai antara manusia-manusia yang berada di dalam kerugian. na'uzubillah min zalik. terima kasih Ya Allah.
p/s: dialog dia atas ni tak ada kena mengena dengan "berita" yang saya terima, tapi ada sedikit persamaan di situ.hahaha:)
PADAN MUKA!! (apa ekspresi yang sepatutnya bila orang cakap begitu pada anda?)
stand.up.with.faith
2 comments:
memang padanlah dgn mukaku yg cantik ni. trimas. huahua :P
hahahaha~
perasannnn la pulak budak niyyy~~~
XP!
Post a Comment