Wednesday, April 2, 2014

After some time...

After a long time, i've stopped  blogging.
Blogging is actually writing.

Someone said, "you write less because you're  lack of reading..."

Ouchhh! I was shot!!!

Well, honestly speaking, i read less since i came here to japan. 

Reading used to be my favourite hobby. Same goes with writing. I loved to write letters and posted them to others. And dengan tidak semena-mena, collecting stamps was one of my hobbies too.

So, why am i talking about my hobbies?

I think i missed those memories.

I wish to write a lot.
I wish to read a lot.
I wish to collect more stamps.

"For each one are successive [angels] before and behind him who protect him by the decree of Allah . Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves. And when Allah intends for a people ill, there is no repelling it. And there is not for them besides Him any patron."

[Ar-Rad, 13 : 11]

Wednesday, May 29, 2013

Macam-macam

Permainan dibatalkan kerana kapasiti penonton di dalam stadium melebihi tempat duduk yang disediakan? 

Kelakar pun ada juga. Kerana pada zaman muda-mudi dulu kala, 8 tahun yang lalu kalau tak silap, saya pernah ke stadium menonton pertandingan bola ERA. (sekarang dah tak dengar era ye, harap maklum). Pada waktu itu pun, boleh kata ramai sangat manusia, sehingga terkepit saya di celah lorong dalam stadium. Memang tak dapat pun nak tengok perlawanan secara normal tapi tak ada lah batal perlawanan malam tu. hihihi

Itu lah dia kisah perlawanan yang dibatalkan malam semalam. Sejujurnya, saya bukan lah peminat fanatik bola. Hanya layan-layan macam tu aje. 

Tapi bila tengok status-status mereka di muka buku dan laman kicauan burung, memang tergelak seorang diri. Kucing masuk padang lah, Stadium kecil lah, penjual tiket haram lah dan macam-macam lagi. hehe.

Tak ada lah nak gelak besar sangat. Tapi masyarakat malaysia ni sangat kreatif dan berfikiran terbuka. Apa kaitannya? haaa...ini lah kelebihan yang Allah swt beri pada orang Malaysia. Subhannallah! 



stand.up.with.faith

Sunday, May 26, 2013

Doa hati.

Bismillahhirrahmannirrahim. 

Kreatif. Harus lebih kreatif. 

Kusangkakan sudah hampir setahun tiada kemaskini, rupa-rupanya baru nak masuk bulan keempat. 

Alhamdulillah, masih diberi peluang olehNYA untuk "menulis". Mungkin terlalu ramai "penulis" hebat di luar sana. Namun itu bukan alasan untuk menarik diri. 

Keinginan sahaja tiada makna tanpa tindakan. Ibarat kata-kata kosong tanpa tindakan. 

Cakap tidak serupa bikin. Begitu? 


Amat bersyukur dengan peluang yang Allah swt berikan untuk terus berada di sini. Pada awalnya, sudah hampir muktamad untuk pulang ke tanah air, namun, perancangan Allah swt itu bukan mungkin tetapi pasti lebih baik. 

Maka, diteruskan kehidupan di sini pada awalnya seperti tanpa arah tujuan dan sentiasa menyalahkan takdir serta manusia sekeliling yang mendesak untuk terus tinggal di sini. 


Namun, hakikatnya Allah swt lebih mengetahui dan kata murobbi, 
"Betulkan niatmu! Hanya kerana Allah swt! That's it!



Terdiam seribu bahasa. Masih tidak bersyukur dengan apa yang ada dan apa yang dikurniakanNya? 

Sungguh, pada hari pertama lagi, 
"Apa lagi yang aku buat di sini?" soal otak pada hati. 

Perbuatan mempersoalkan perkara itu mungkin agak kurang sopan dan menampakkan ciri-ciri tidak bersyukur. Na'uzubillah min zalik. 

Lalu diri berdosa ini berdoa, mohon petunjuk Allah swt dan mohon supaya diri ini tetap di jalanNya. Kerana Dia lah yang memegang hati manusia. Makanya, doa yang sentiasa Rasulullah saw amalkan, sentiasa dalam ingatan. Mudah-mudahan. 

"Ya muQallibalQulub, thabbit Qalbi 'ala diinik"

Wahai Tuhan Yang Membolak balikkan hati, thabbatkan(tetapkan) hati kami di atas agamaMu.

Ameen.



stand.up.with.faith

Saturday, February 2, 2013

~sahaja aku mencintaMU~

3 perkara yang ada pada seseorang apabila merasai nikmmat kemanisan IMAN.
 
1. Orang yang cinta pada Allah swt dan Rasulullah saw lebih dari diri dia sendiri dan orang lain.
 
2. Orang yang mencintai atau menyayangi seseorang kerana Allah swt.
 
3. Orang yang benci pada kekufuran sebagaimana dia membenci apabila dicampak ke dalam api neraka.
 
 
私はまだまだだな~
頑張ろう!

dannn ini serpihan cintaaa dariNYA! と思われる~ ;)
 
 
tQ Allah! :')






 
Ya muQallibal Qulub thabbit Qalbi 'ala  diinik
 
 
 
stand.up.with.faith

Sunday, January 27, 2013

Lalang

Lalang.

Siapa mahu jadi lalang?

Ada apa dengan lalang?

Sekali hembus angin, lalang pasti menghayun longlai.

Kemudian kembali berdiri tegak.

Walaupun tak berapa nak tegak.

Andai hujan menimpa lalang

Pasti longlai kembali

Lalang lemah ke?

Lalang lembik ke?

Lalang tak tetap pendirian?

Tidak!

Tidak semestinya begitu.

Walaupun diri ini dikatakan seperti lalang

Diri ini bukan lah selemah lalang di luar sana

Mungkin kekadang keliru bak lalang

Namun pendirian pergantungan pada Pencipta tetap yang Satu

Lalang makhluk juga

Ada lalang tinggi

Ada lalang rendah

Kenapa lalang?

Tak tahu


..........



Ya muQallibalQulub thabbit Qalbi 'ala diinik





Wednesday, January 16, 2013

LetMeSpeak kejap?

Assalamualaikum wbt


Seminggu sudah winter break tamat. Alhamdulillah. syukur nikmat.

Rasa mahu bercuti lagi, cuti cuti cuti.
2013 menjelma. Selamat tinggal 2012.
ya muQallibal Qulub thabbit Qalbi 'ala diinik 
Pantasss sangatttt masa berlalu. Umur pun meningkat lagi setahun. tanggungjawab semakin berat dan komitmen harus dimantapkan lagi.
Alhamdulillah Allah pertemukan hati-hati kami pada musim sejuk kali ini.

Musim sejuk terkahir di malam qiammullail, makanya hati kami telah bersatu sebelum bertemu lagi. Indah nya! (Ayat berbelit minta maaf)

Banyak. Banyak yang telah dipelajari, segalanya indah, segalanya cantik, segalanya manisssss, semanisss madu nyammm nyammm. yang pahit pun ada juga, namun telah berjaya dimaniskan. Macam mana nak maniskan yang pahit itu? ahaa! Makan gula?! :O

Iman. Segalanya manis kerana iman. Tanpa iman, kita futur. Tanpa iman, kita mungkin binasa. Tanpa iman, kita bukan kita yang sekarang. Tanpa iman, tawar lahhh segalanya! Berimannya kita sebagai seorang muslim. Berbeza dengan keimanan nihonjing.

"Nihonjing tak beriman pun berjaya jekkk"

Siapa kata nihonjing tak beriman? haaaa..haaaa.

Okeh, nak tukar topik boleh? ngeh3

Mohon jangan bosan -..-
Yuki. Yuki. Yuki.

haa, kelmarin berkongsi tentang yuki.

"alaaa, semua nak cakap pasal yuki, upload gambar yuki, buat yuki daruma. bosan laa"

Sila tenang kan diri, yang nak jealous jealous ni kenapanya? Biar lah mereka nak berfoto ke, instagram ke, buat patung berhala yuki daruma ke apatah lagi nak makan yuki tu. ohhhwow!

Yuki milik Allah. Yuki turun atas kehendak Allah swt.

[Tidaklah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) es dari langit, (yaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) es itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan.]

Surah An-Nur: 43


Sejak dapat tahu yang Allah swt bercakap tentang salji di dalam al-Quran, semakin lah mendalam keyakinan, kecintaan, keagungan, kebesaran, kesugoian, ke.., ke.., ke.., (tolong saya) terhadap Allah swt. SubhanAllah! AllahuAkbar! MasyaAllah!
(boleh faham tak feeling saya ni? -..-  mungkin over, minta maaf)

Jom ambil masa, berfikir, melihat, tengok, dan fikir lagi tentang kebesaranNya. Tak rugi beb! Serius tak tak rugi. Dapat pahala lagi adalah!

Next, Listen, listen. listen, listen, listen, listen.

Let me speak, let me speak, let me speak, let me speak, let me speak please
.

aha. Isu yang sangat menggemparkan rakyat malaysia, especially di kalangan kami sebagai pelajar. Jangan main-main, kebanyakan pelajar sekarang semakin pandai(bukan saya). Ada yang lebih pandai daripada guru-guru sekarang. Jadi kepada guru-guru dan bakal guru, please be prepared! Juga kepada rakan-rakan dan adik-adik dan kakak-kakak, abang-abang yang bakal bergelar guru, pleasseeee, please, please, please, penuhkan ilmu di dada. kaut lah sebanyak mana ilmu untuk di kongsi kan kepada mad'u anda.

Sedar atau tidak, kita semua adalah Dai'e. Itulah kebenaran. Kerana tidak ada yang menyampaikan kepada mereka di luar sana tentang ma'rifah manusia.makanya, ramai lagi saudara kita terutamanya di Malaysia yang tidak sedar tanggungjawab mereka. Saya pun masih belum menjalankan tanggungjawab dai'e yang sebetul-betulnya.

Seperti yang pernah saya tweetkan sebelum ini,
"Ramai di antara kita ni yang tahu, tapi tak ramai yang sedar. Kita tahu kita ni orang Islam, tapi kita tak Sedar yang kita ni orang Islam"

makanya, amal perbuatan orang yang Tahu dengan orang yang Tahu dan Sedar memang berbeza lah. Contohnya; Aminah tahu dia Islam, jadi Aminah pun pakai lah tudung sebab orang islam pakai tudung. Sayangnya, aminah pakai tudung sekadar memenuhi syarat 'pakai' tudung. nak taknak kena pakai, biaarlah apa jua fesyen pakaian mahupun pun tudung sekali pun, janji pakai. Tapi di manakah kesedaran aminah sebagai seorang Islam yakni muslimah yang pakai tudung kerana mematuhi perintah Allah? Bertudung untuk menutup aurat bukan sebagai balutan di kepala semata-mata?

Alaahai, macam tak best jek contoh Aminah ni. Apa kata kita tanya diri sendiri, adakah kita ni golongan Tahu sahaja atau Tahu dan Sedar?

Alamak, tadi nak cerita pasal Listenlistenlisten and LetmeSpeakLetmeSpeakLetmeSpeak. Tiba-tiba masuk pasal dai'e. hehhh. Tapi dah tak cukup masa untuk menaip. Makanya, saya kongsikan satu artikel tentang Listen, Let Me Speak ni. Baca sini.


And, parody ini macam best jugak. hihihi.





Lagi tiga minggu sahaja tinggal untuk menghabiskan sekolah. Mohon doa dari kalian. Dan semoga Allah swt mepermudahkan urusan anda yang cantik-cantik dan kacak-kacak lagi beriman di luar sana. inshaAllah!!


"Ya muQallibal Qulub, thabbit Qalbi 'ala diinik"


stand.up.with.faith

Friday, December 28, 2012

Doa Rabitah

Bismillahirrahmannirrahim.

Dalam sesi bulatan gembira yang lalu,
dengan yakinnya, saya selaku pengerusi majlis berkata:

"InshaAllah, kita tutup majlis kita dengan bacaan doa iftitah seterusnya tasbih kaffarah dan surah al-'asr."

Tiba-tiba murobbi saya bertubi-tubi tanya saya, "Doa apa ye ceca? Doa apa?"

Saya pun ulang lagi sekali, "Doa iftitah."

Confident!

Tergelak semua ahli usrah termasuk murobbi, "Kenapa semua orang ketawa?" tanya saya pada mereka.

Salah seorang dari mereka menjawab, "Doa Rabitah laa sayanggg!"

Heee. Segann! (^.^")
*kisah benar*

YA ALLAH,

Engkau mengetahui hati-hati ini,

Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,

Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,

Bersatu memikul beban dakwah-Mu,

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,

Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,

Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,

Akan jalan-Nya yang sebenar,

Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu,

Yang tidak kunjung malap,

Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan keyakinan,

Dan keindahan tawakkal kepada-Mu,

Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu,

Jika Engkau mentakdirkan mati,

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini,

Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu,

Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,

YA ALLAH,

Perkenankanlah permintaan ini.



-Ya MuQallibal Qulub, thabbit Qalbi 'ala diinik-

Thursday, December 20, 2012

Tak best pun.

Assalamulaikum.

Alamak, Alahai, Aduhh!

Tengok tajuk post pun tak best, makanya memang tak best la post ni. ^..^
Dua minggu tidak berkesempatan untuk mengupdate blog. Kononnya mahu update setiap hari untuk bulan disember ini. Apakan daya. Masa mencemburui saya. Eheh.

Masa saya banyak dihabiskan di kenkyuushitsu(research lab). Konon-konon busy la tu!
Oh ye, 7hb Disember yang lalu, kami ke sekolah rendah. Seronok! Jumpa anak-anak Jepang.

Allahu... suci, mulus, tulus nya anak-anak Jepang itu. Comel-comel belaka! ^_^
Perasaan menjadi seorang guru itu terasa kelainannya dengan menjadi seorang murobbi. Ehh? Sepatutnya sama ke tak ye? =.= saya pun tak tahu.

Boleh lihat-lihat gambar anak-anak Japang tu di sini:
http://www.facebook.com/#!/media/set/?set=a.4375532664671.2159001.1178708429&type=1


Lepas tu, baru perasan yang tahun ni, tiada kesempatan untuk berkoyo dengan riang ria nya. T_T

Koyo  pun dah habis. Pokok-pokok botak semuanya.

koyo kat sekolah pun jadilah -..-


Kodomo no kuni, Yamanashi-shi


Ohhooo. Bila dah last minute tinggal beberapa bulan nak habis belajar ni baru tergopoh gapah nak mengumpul wang. haaaaa. Padan muka saya! >_<"

Tapi ada hati nak berjalan-jalan pusing Japang lagi untuk musim sejuk ini. Selagi hayat dikandung badan, selagi duit ada sipi-sipi, saya nak terus menjelajah. ^^

hihihi. jom kita tadabbur ayat Allah ni:

["Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezekiNYA. Dan hanya kepadaNYA lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan"]

Surah Al-Mulk:15
 

okeh lah. banyak lagi yang perlu diselesaikan. mungkin akan update tahun depan pula =)

Selamat Berkenkyuu, Selamat bercuti, Selamat bersnobod, Selamat segalanya, Selamat menambah iman, Selamat, selamat, selamat semuanya insyaAllah ^^


Ohhh! dan Selamat Hari Lahir Fatengggg! (18Dec) ^0^
 
Korea Universiti Feb2012
 
dann...dann...Selamat Pengantin Baru untuk Haslini! Barakallahufihi~


Mabrook ya ukhtieeee! Nahhh untuk lini! hihihi



wassalam
 
 
 
Ya MuQallibal Qulub Thabbit Qalbi 'ala diinik
 
stand.up.with.faith

Friday, December 7, 2012

Of three continuous days. . .

Assalamualaikum wbt.

Salam Jumaat yang penuh barokah insyaAllah :)

Alhamdulillah! Starting from the 4th until 6th of december, i had finished my part time job making the currypuff! (i think its better to use karipap rather than currypuff! huh~)

Well i'm not actually making the karipap itself, i modified the inti of the karipap. I actually made a karipap kaya and serunding! Aha!
Ohh Allah, why am i soo happy telling people that i made the karipap? -.-
Wanna know why? Nahhh. Not necessary at all. Just wanna share something here. That's all.

3 hari 3 malam dok mengelim karipap pun nak kecoh ker? -.-"
Tak perlu kot.

But that is human. Normal human. Norma kehidupan seaeorang manusia untuk bercerita tentang diri masing2.
Anda setuju dengan saya jika saya mengatakan rata-rata manusia akan sentiasa menceritakan tentang diri masing-masing, tidak kira sama ada kelebihan diri, kekurangan diri, kisah lama, kisah keluarga, kisah di sekolah, kisah rakan-rakannya yang akhirnya akan berbalik pada kisahnya jua, dan apaaa juaa kisah-kisah yang jika kita simpulkan atau kita dengar dengan teliti sebenarnya seseorang itu hanya lah ingin bercerita tentang dirinya pada orang yang bersama mereka.

Panjang pulak ayat.

Tapi itu lah yang sebenarnya. Boleh buat eksperimen lah lepas ni rasa nya.

Haaa. Saya dah buat, dan ternyata benar. Bukan sahaja rakan sendiri, orang-orang kenamaan, orang yang bagi taklimat, profesor, hatta murobbi saya pun jadi bahan eksperimen. Kekeke. mohon ampun ya ukhtie~ don't worry, i think she knows about this :)

Alhamdulillah my fever is getting better. Alhamdulillah wa astagfirullah~
And YES.
Its true.
From experience, year by year, fever is one of the kafarah of sins. T.T

Jibun ga motto ganbaritai to omoimasu!

Yesterday, on the 6th, my friend and I were invited by one of the japanese teacher who teach Bahasa Malaysia to attend speaking class. And it was really really fun!

Thank You Allah for this opportunity!

We had a great time with them!
They are the 1st Year students international faculty from my university.

I just love to hear they speaks Bahasa Malaysia. Some of their dialogue:

1. Nama saya Kentaro. Panggil saya pandai. Saya pandai.

2. Saya lemah alkohol.

3. Hobi saya bermain judo. Adakah anda tahu judo?

4. Hobi saya besball.

5. Zaman dulu, saya tinggal di Kuala Lumpur.

And more! Hahaahaa. MasyaAllah, they're soo funny and some of them are innocent! It was exactly same like my friends and i during our first year learning Japanese Language in 2008! hihihi :)

And tomorrow, i am going to one of the japanese primary school to introduce about malaysia as a volunteer.

Haslini and i keep asking each other, why only now at this time, another few months left for us before leaving japan then only we met some japanese and become good friends at this little time? There must be something that Allah wanna show us right? As expected, HE is sooo soooo sweet! :-)

I wrote too much maybe. Will update more soon.

Sometimes, there are something about others that we can't change for example the heart. Her/his heart and also my heart.
We can't expect others to understand what we understood!

A reminding for myself too! (>_<")

Just pray.

Always remember that Allah won't change someone's life until they changed on their own.

Life must goes on.


"Ya Muqllibal Qulub, thabbit Qalbi 'ala diinik"

stand.up.with.faith



Monday, December 3, 2012

12月

Assalamualaikum wbt.

ただ今、ディゼンバー!

時間がすごく早くて、この12月の三日間にいろんなこと勉強した。

1)カリパップもう上手にuliできた!Alhamdulillah! ^^

12月1日に327個のカリパップも作った!超疲れただけど、いい経験になった!それから、全部のカリパップ売り切れた!Alhamdulillah!

2)初めて ^^

昨日、12月2日に初めて日本人の友達を家に誘った!「もう遅いよ!」とか「いまだに?」って言われてるかもしれないけど、それが一番いいと思うよ!それから、今週の小学校訪問のため、20個のバトゥセレンバンも作った。その二人の日本人はすごい喜んだ!私とハスリニさんが「Nasi Ayam」っていうマレー料理を彼女達に作ってあげた。Nasi Ayamだけじゃなく、ゴレンピサンも作った!
そして、彼女達は私達のお祈りし方を見たいなっていう話した。あの時、私とハスリニさんがマグリブのお祈りをし、彼女達に見せた。あの二人は全く静かに見てた。それから、いろんなイスラムの話をし、彼女達にどういうイメージがあるかを質問した。昨日は本当に楽しかった!Alhamdulillah!

3)=.="
12月3日、今日は本当に寒かった。><" 具合もあまり良くなくて、早く帰りたい~T_T
Alhamdulillah. . . .



"Ya muQallibal Qulub Thabbit Qalbi 'ala diinik"

stand.up.with.faith

Wednesday, November 28, 2012

Mencari si Dia. . .


 
Jika kau bercinta lagi, cinta lah sepenuhnyaaaaa! 
 
hihihi
 
Semakin hari, semakin sayang
 
Kita belajar untuk mencintai Dia sedikit demi sedikit
 
Dalam doa, dalam tahmid, takbir dan tahlil
 
Ketika solat, tunduk dan sujud pada-Nya
 
Saat membaca Kalam-Nya lalu kita tadabbur
 
kita cuba untuk memahami maksud-Nya walaupun direct translate
 
kita tambah lagi perasaan cinta pada-Nya dengan amalan sunat
 
Itu tanda sayang-Nya pada kita
 
tak semua manusia mampu atau memahami hikmah amalan sunat yang Dia anugerahkan
 
kita cuba dan cuba lagi
 
hati kita kadang-kadang keras
 
tak mahu menangis tak kool
 
rugiiiiiii
 
lalu kita belajar untuk menangis
 
walaupun buat-buat
 
tapi Dia tahu isi hati kita
 
kita cari Dia
 
siang malam, tak cukup lima kali
 
kita bangun tengah malam
 
tapi kita kadang-kadang tak sedar
 
yang Dia saaaaangattt DEKAT dengan kita
 
kita pun cari dan cari lagi
 
lama-lama kita dapat rasa Dia hampir
 
Dia di HATI kita
 
itu kalau kita jumpa dia dalam penncarian kita
 
kalau tak jumpa?
 
T_T
 
kita penat?
 
kita perlu putus asa?
 
kita teruskan mencari?
 
tanya hati kita
 
di mana Dia di hati kita
 
kita tempatkan Dia kat mana?
 
Dia punya lah saaaangat dekat dengan kita
 
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (peintah)-Ku dan beriman kepada-Ku agar mereka memperoleh kebenaran." 
[Al-Baqarah:186]
 
nak give-up lagi?
 
"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya."
[Qaf:16]

uhuuuukkk!
 
Jarak urat leher kita dengan leher ni nipissss saangattt!
 
Tapi Dia laaaaaagi dekat!
 
T_T
 
Tak cukup cinta lagi ke?
 
Tak cukup kasih sayang lagi?
 
Teruskan lah  mencari si Dia. . .
 
 
 
"YaMuQallibal Qulub, Thabbit Qalbi 'ala diinik"
 
stand.up.with.faith

Wednesday, November 21, 2012

Save Them!

Bismillahirrahmannirrahim.


Lagi, berita tentang serangan ke atas Gaza oleh durjana Israel. Apa lagi yang mereka inginkan?
Namun pejuang-pejuang Islam di bumi Gaza itu tetap tidak akan menyerah diri, mempertahankan agama Allah dan tanah air mereka. Minggu lepas, kita terima lagi berita kematian para syuhada. Allah, Allah, Kau sangat sayangkan mereka. Mereka terus direct dapat masuk syurgaMu. Tapi kita?

Diriku berasa sangat rugi kerana tidak dapat berjihad bersama mereka. Berjihad di jalan Allah. Di sana, siapa yang tidak mahu mati shahid? siapa? siapa? Even Abu Thalhah yang sudah berumur, si tempang yang sudah shahid sebelah kakinya, punnnn mahu kan sebelah lagi kakinya shahid di syurga! Best kannn mati shahid! Terus masuk syurga! hiihii

Tapi, kita bukanlah di kalangan mereka yang layak untuk berjihad berperang. Hanya mereka yang terpilih sahaja yang layak untuk berperang. Cuba bayangkan kalau negara Malaysia yang sekadar ni dihujani bom-bom dan peluru-peluru Israel???! Ohhooo! I can't imagine!!!
Allah...Tepuk dada, tanya imannnn la!

Perasan tak, taktau kalau ada orang lain perasan ke tak. Kalau kita tengok peta Palestin sekarang semakin lama kawasan tanah Palestin semakin mengecil kan? Sedihhhh!
*Semua orang perasan kot pasal tu ceca!*
Nope! I tak habis cerita lagi. Tarik nafas, hembussss~
Kalau anda bijaksana, anda perasan tak yang setiap hari ada sahaja berita kematian penduduk di Gaza sana. Setiap jam mungkin, kepada pengguna telefon pintar, boleh muat turun apps iGaza untuk mendapatkan update/laporan tentang berita di Gaza.
Menurut alert daripada iGaza tu, dalam sehari, berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus orang di Gaza mati dibom mahupun ditembak. Hal ini membuatkan diri ini berfikir dan terfikir. Mengapa Allah menguji mereka di sana? Mengapa Allah pililh mereka di sana? Mengapa? dan Mengapa lagi?

dan MENGAPA bilangan manusia di sana masih tetap ramai, walaupun ramai yang mati shahid di kalangan mereka, tetapi mereka masih ramai untuk mempertahankan masjidil Aqsa di sana???
Mengapaaaa??
Kekadang menjawab dalam hati, mungkin Allah turunkan seberapa bilangan malaikatNya seperti yang berlaku dalam peperangan Badar. Mungkin jugak! Masih ingat peperangan Badar?
Di mana tentera Islam hanya ada 313 orang SAHAJA. Namun pada ketika itu, Allah turunkan bantuanNYA sehingga membuatkan tentera musyrikin Mekah pada ketika itu takut dan terkejut dengan bilangan tentera Islam yang kelihatan sangat ramai. Pandai jek bercerita kan! Mana ada! Ada dalil kot! Jom tengok:

"Dan sungguh, Allah telah menolong kaamu dalam Perang Badar, padahal kamu dalam keadaan lemah. Kerana itu, bertakwalah kepada Allah, agar kamu mensyukuriNya."

"(Ingatlah), ketika engkau(Muhammad) mengatakan kepada orang-orang beriman, 'Apakah tiddak cukup bagimu bahwa Allah membantu kamu dengan tiga ribu malaikat yang diturunkan(dari langit)?' "

" 'Ya'(cukup). Jika kamu bersabar dan bertakwa ketika mereka datang menyerang kamu dengan tiba-tiba, nescaya Allah menolongmu dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda."

[Surah Al-Imran: 123-125]


SubhanAllah! MasyaAllah! Di sebabkan tadi time zohor mengaji sambil tadabbur page ni, terus terlintas tentang Gaza dan Palestin sana.
Namun begitu, persoalan mengapa dan mengapa mengapa yang banyak2 tadi tu, Allahu 'alam.
Hanya Allah sahaja yang Mengetahui. T_T

Pesanan untuk di luar sana dan untuk diri sendiri juga. Jangan lupa doakan saudara-saudara kita di sana! Mereka saudara kite! Adik-adik kita! Mak kita, kakak kita, ayah kita, mak, pakcik, abang kakak diasana semuanya saudara kita! Mereka shahid untuk Islam, untuk kita. Tapi kita?? Terkinja-kinja melompat mengejar bermain sana sini. Sentapppp! (>_<")
Lakukan lah apa yang kita mampu, DOA, BOIKOT, DOA, AMBIL TAHU, BOIKOT, DOA,  DOA, BOIKOT, DOA, AMBIL TAHU, BOIKOT, DOA, DOA, BOIKOT, DOA, AMBIL TAHU, BOIKOT, DOA, DOA, BOIKOT, DOA, AMBIL TAHU, BOIKOT, DOA . . .

Gambarimashou!


~Ya muQallibalQulub,thabbit Qalbi 'ala diinik~

stand.up.with.faith

Wednesday, November 14, 2012

I need Waktu!

Assalamualaikum!

Teringin benar untuk menulis dan menyampaikan sesuatu, namun masa tidak mengizinkan.
Ini pun ada lah 5 minit gurai untuk menaip.

Sangat ingin berkongsi tentang "daurah" minggu lepas! aha! "Daurah" yang amat menarik, boleh tergugat jugak keimanan ni andai tiada fikrah atau pendirian yang tetap. hehehe.
Tapi malangnya tak dapat nak bercerita buat masa sekarang. insyaAllah, pasti Allah akan mengizinkan bila ada waktu.

hihi. Plus, sekejap tadi baru sahaja melayari blog teman-teman di bumi sakura ni. Al maklumlah dah lama tak blog 'walking'. Betul ke ni? Apa-apa lah. Teman itu bercerita tentang masa depan. Masa depan dia? Umat? Negara? Dunia? atau masa depan akhirat nanti?

Ingin sekali untuk mengupas bahan-bahan bacaan yang telah dibaca. Punnnn! Masih belum berpeluang. Allah, moga ada waktu untuk itu. hihi

Seterusnya, ucapan Salam Maal Hijrah diucapkan kepada seluruh umat manusia.
Semalam baru sahaja baca mengenai peristiwa hijrah junjungan Rasulullah saw. Sentappppp!
Try la google kalau takda RM. (bukan Running Man tapi RAHEEQ MAKHTUM) hehehe.

Masa semakin jealous, dan jealous lagi. Pasti akanku cari peluang untuk berceloteh panjang. Waallahu'alam.


Salam Maal Hijrah 1434H!
Ya MuQallibal Qulub Thabbit Qalbi 'ala diinik~
stand.up.with.faith

Monday, October 29, 2012

You are one of my tools.

Bismillahirrahmannirrahhiiim...

Assalamualaikum warahmatullhiwabarokatuhu~

Hari ini hati rasa untuk menulis!

Bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan rahmatNYA, dengan nikmatNYA, dengan kasih sayang ALLAH swt, kita masih diberi peluang untuk hidup, untuk beramal, untuk melaksanakan dua tujuan utama hidup kita.

1. Khalifah Allah. (rujuk Al-Quran: Surah Al-Baqarah ayat 30)

2. Hamba Allah. (surah Az-Zariyat ayat 56)

Sekarang baru perasan yang hidup ini sejak masuk tahun terakhir ni tak lain tak bukan, macam robot. Sebijik!

Sebabnya,

BANGUN PAGI >> BREAKFAST >> PERGI UNI >> MASUK LAB >> BUAT KERJA >>MAKAN TGH HARI+SOLAT >> KEMBALI KE LAB >> MELAYARI INTERNET >> SOLAT ASAR >> SAMBUNG BUAT KERJA(kalau takde kerja,cari kerja/goyang kaki) >> BALIK RUMAH >> MAKAN MALAM+SOLAT >> TIDUR >> BANGUN PAGI >> BREAKFAST >> PERGI UNI .......ulang dari hari isnin sampai jumaat.

Aku bukannn roboootttt!!! *jeritan macam rambo dlm tidak tenang 2 kot*

Melainkan hujung minggu, seboleh-bolehnya aku pastikan diri ini keluar berjumpa manusia di luar sana.
Bukan manusia. Mungkin ummat di luar sana.
YA. Aku perlu bertemu dengan ummat di luar sana.
Cabaran bertemu umat manusia di bumi jepun sangatlah berbeza dengan ummat di tanah air sendiri. Banyak yang harus diterangkan, tapi tak tahu dari mana harus mula.

Sejam yang lalu, mendapat berita kematian ayah kepada seorang rakan yang sama-sama berjuang di bumi jepun ini.
Rakan itu akan pulang ke tanah air petang ini juga.
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.
Allah. Memang! Memang benar kematian itu adalah PASTI!
Tersentakkkk hati walaupun bukan ahli keluarga sendiri yang pergi menghadapMU ya Allah.

Kau tegur melalui pelbagai cara dan kaedah. Kamu semua yang di sekelilingku ini hanyalah alat.
Alat untuk aku gunakan dan manfaatkan ke jalanMU.
Tidak kira kamu yang Islam mahupun non-Islam.
Allah datangkan kalian untuk aku. Sebagai pinjaman yang sementara di dunia.
Dalam bentuk ujian(musibah) dan nikmat(hidayah).

All of them and you, and also you! are my tools on my way to Akhirat.


p/s: Penulisan aku semakin berterabur. Why? Why? Why? T____T


"Ya muQallibalQulub,thabbit Qalbi 'ala diinik"
stand.up.with.faith

Wednesday, October 24, 2012

She's back.

Bismillahirrahmanirrahiim...


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuhu buat blogger-blogger dan rakan2-rakan pembaca di luar sana!

She's back! aha! macam tajuk lagu pun ada.
Selamat kembali untuk diri sendiri ke dunia blogger.
Apa khabar makcik pakcik yang sedang membaca ni?
Eheh! Gurau aje!

Apa khabar iman kalian?

Genap 8 bulan, 29 hari(+-) blog ini sepi tanpa post.
Entah mengapa, sejak di perantauan, jarang sekali menaip.
Masalah tiada komputer peribadi mungkin?
Al-maklumlah bulan lepas baru berjaya mendapatkan komputer peribadi hak milik sendiri!
Selama ni menumpang kemewahan dan belas kasihan si ibu yang sangat lah penyayang walaupun garang dan tegas!
Sayangggg ummi!

Apa bicara kali ini?
Tiada lagi.
Ada, mungkin tak penting untuk dibicarakan di sini.

Tapi kan, apa yang membuatkan diri ini kembali untuk menaip?
Jeng jeng jeng!
Kerana sudah punya komputer peribadi hak milik sendiri?
Aaa! Alasan berlagak!

Gerak hati. Mungkin.




يا مقــلـب لقــلــوب ثبــت قــلبـــي عــلى د ينـــك


stand.up.with.faith

Monday, January 23, 2012

1# Tenang bersama Sabar :)

Assalamualaikum wbt.

First of all, syukur alhamdulillah. :)
Ada peluang nak menulis lagi walaupun dah terlambat. >__<"
Last time, dengar radio baru dapat idea nak post tentang apa. But this time, kita bicara tentang sabar sebab ada orang cakap, tenang = sabar (?)

Sabar dan tenang, macam tiada beza je. Kita buat contoh ayat sikit,

Cik Mawar : Ishhh, aku geram betul lah dengan budak kampung tu, sikit2 nak potong line! pegi mampos la!(ganasnye ayat kau!)

Cik Melati: Bawok bersabor sikitt maworr weh. Bior lah dia. Ghame lagi yang hensem2 kat luar sana tuu...

kalau kita tukar perkataan bersabar tu kepada bertenang pun boleh kan?

Jadi, apa beza sabar dan tenang???

Okey, jom kita buat cerita sikit lah. Gunakan perkataan sabar dan tenang dalam kehidupan seharian kita. Cuba kita kaitkan dengan kehidupan kita.
Tapi sebelum itu,saya nak anda semua tahu yang bila kita cakap tentang SABAR, mesti lah dikaitkan jugak dengan SYUKUR. Sebab apa? sebabnya...

"Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin! Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya." - (Hadis riwayat Muslim)

rasanya saya pernah post hadis ni dalam post S vs S~

Okey, kita sambung. Sebagai contoh, bila seseorang ditimpa musibah, tak kira besar atau kecil, perkara yang pertama sekali, dia akan berSABAR. Dan jika benar dia yakin dengan janji Allah dan yakin dengan segala ketetapan Allah yang pasti ada hikmahnya itu, dia akan panjatkan rasa syukur itu. Lalu dia akan menjadi menjadi TENANG.

Macam tu juga lah jika sebaliknya yang berlaku. Bila seseorang itu mendapat kesenangan, kemewahan, apa jua berita gembira pun, dia tidak melampau lampau atau berlebih-lebihan. Dia tidak akan terlalu gembira tetapi dia berSABAR dan menahan dirinya daripada berasa bangga, riak, takbur dan sebagainya. Lalu dia akan menjadi TENANG.

Saya tak pasti cerita saya ini tersampai atau tidak. Wallahu'alam. Andai ada kesilapan yang tak disengajakan, sila tegur :)

Ayat favourite!

SABAR:
"Dan sesungguhnya akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar." - (Surah al-Baqarah, ayat 155)


TENANG:
"Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka(yang telah ada). Dan milik Allah-lah bala tentera langit dan bumi, dan Allah Maha Mengetahui, Maha bijaksana." (Surah al-Fath, ayat 4)


Kesimpulannya, macam tiada beza pun ada antara sabar dan tenang. Mungkin dari segi maksudnya dan penggunaannya adalah sama, tapi konsepnya sedikit berbeza. ^^

stand.up.with.faith

Thursday, January 5, 2012

1#PostCepat

assalamualaikum.

subhanALLAH. syukur ke hadratNYA.
akhirnya ALLAH memberi peluang dan masa juga untuk update blog yang sudah sebulan lebih ditinggalkan sehingga terbiar begitu sahaja.
saya tidak sengaja. ada sahaja perkongsian mahupun kata2 untuk dikongsikan bersama, namun saya tidak berapa bijak dalam pengurusan masa.
seperti yang dijanjikan dalam post yang terakhir sebelum ini, saya ingin mengupas tajuk yang seterusnya, kesabaran.
Masih ada di dalam draf blog ini post mengenai kesabaran. saya tulis separuh jalan, kerana agak sibuk pada ketika itu. huhu. rasa busy macam artis jap! :P

tahun pun sudah silih berganti. 2012!!!
terlalu cepat! terlalu pantas rasanya!
moga ALLAH memegang hati2 kita, hati saya, hati2 saudara seislam, hati2 sahabiah, hati2 muslimin wal muslimat, hati2 mukminin wal mukminat semuanya. moga kekal dan bertambah keimanan kepada Allah 'Azza wa Jalla~ ameeen

insyaALLAH post perkongsian akan ada minggu depan. bi'iznillah~ ;')

stand.up.with.faith

Wednesday, November 16, 2011

Ketenangan

Assalamualaikum wbt.

Saya dengar ikim hari ni, and ada talk bersama Prof Dr Muhaya Mohd dalam Islam itu indah yang membicarakan tentang "Pelan Ketenangan Dalam Kehidupan".

Menarik topik ni dek tajuknya yang ada perkataan ketenangan. Yup! saya sedang mencari cari ketenangan dalam hidup. Anda? huhu

Semua manusia inginkan ketenangan. Siapa yang taknak tu, something wrong somewhere kot eh. Tapi, ketenangan yang macam mana yang kita inginkan tu? Hmmmm

Anda rasa tenang ke kalau hidup sebagai anak oramg kaya?

Anda rasa tenang ke kalau dapat bercuti sepanjang tahun tanpa kelas(bagi yang masih belajar)atau kerja(bagi yang sudah bekerja)?

Anda rasa tenang ke dapat hangout dengan kawan2, untuk menyeronokkan diri sendiri?

Anda juga berasa tenang ke kalau dapat goyang kaki kat rumah setiap hari tanpa membuat apa2?

Bagi saya, kat dunia ni tak pernah ada ketenangan. Setuju? Kerana ketenangan yang sebenarnya hanya di syurga. ye dak? hehe.

Hehe. Itu ketenangan, lain pula dengan berasa tenang. kalau sedang marah, kita perlu lah bertenang.

Bak kata prof Dr Muhaya, manusia zaman sekarang penuh dengan kebencian di dalam hati. sebab tu lah selalu tak tenang. Apa-apa yang tak puas hati, mesti nak berdendam. Itu kata beliau,mungkin ada benarnya kalau kita lihat situasi sekarang kan?

Dua pencuri ketenangan dalam hidup manusia,
Yang pertama: penyesalan masa lampau.
Yang kedua: kebimbangan masa depan.

Biar lah masa lampau itu dijadikan sebagai pengajaran ataupun titik tolak untuk meningkatkan diri sendiri. Jangan biarkan ia menghantui diri kita.

Antara pelan2 ketenangan dalam kehidupan,

1. Membuang segala kebencian di dalam hati kita. Jika tidak kebencian itu kelak akan memakan diri kita sendiri.

2. Bertindak secara bijak, seolah olah kita orang yang berjaya, yang ada matlamat hidup. jangan terlalu lambat bertindak, ia akan melemahkan diri kita.

3. Menghargai diri kita sebagai hamba ALLAH. Andai kita tersilap langkah, buat jahat atau maksiat, kita tanya diri, kenapa kita nak menzalimi diri kita sendiri? (diri sendiri jugak)

4. Orang yang paling bijak ialah orang yang berupaya mengelakkan diri sendiri daripada perkara-perkara yang melemahkan diri sendiri, contohnya nafsu, malas dan sebagainya.

Maaf sebab tak sempat catat point2 yang selebihnya. Tapi moga dengan apa yang ada ni, sikit sebanyak tersampai kepada semua.

Last but not least,
"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat ALLAH. Ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenteram."
[Ar-Ra'd :28]

mohon maaf andai ada silap atau salah info, boleh tegur saya. :)

p/s: 自分頑張れよー!皆さんも!

Ketenangan yang sebenar >> al-Jannah(syurga).

Video tentang ketenangan yang sebenar, "DIA lah... segala-galanya"

stand.up.with.faith

Tuesday, November 15, 2011

bukan kerna nama

Assalamualaikum wbt.

kenal lirik lagu ni?
hayati maksudnya...

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

apa pendapat anda tentang lirik ini?
p/s: nanti buat lirik lagu sendiri pula :)

Awal-awal pagi dah tengok status twitter ukhti dari otaru, hokkaido. Snow sudah turun kat sana!
うらやましいです!


Monday, November 14, 2011

Hello World

Assalamualaikum wbt.

Rasa seolah olah dilahirkan semula! Wow! Hebat kuasa Pencipta. Macam mana i boleh tiba tiba nak menulis kembali?

"Hello World" adalah frasa yang selalu digunakan oleh sensei programming i. Tapi rupa rupanya, memang ada dalam buku teks pun.

Hai Dunia yang hanya sementara dan seketika! Apa khabar kau? Semakin sihat? Mungkin kerana semakin ramai yang taksub kepadamu. Atau kurang sihat? Mungkin kerana kau semakin tua dan uzur? Kerana terlalu banyak kemusnahan, kerosakan dan sebagainya yg melandamu wahai dunia?

Hello dunia!
dan tak lama lagi,
Selamat Tinggal Dunia...